Bakal Terbang Ke US, Nur Sajat Dakwa Akan Muncul Dalam The Ellen Show Januari Depan

Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat mendakwa dirinya bakal muncul dalam program bual bicara terkemuka Hollywood, The Ellen Show pada Januari depan.

@sajat.issa

Bulan 2 Sajat terbang ke singapore

♬ original sound – sajat.issa – sajat.issa

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok milik Nur Sajat, dia berkongsi mengenai jadual perancangannya untuk datang ke Singapura kepada pengikutnya.

Menurut Nur Sajat, bintang Hollywood, Ellen DeGeneres telah menjemputnya ke program itu dan dipercayai akan terbang ke Amerika Syarikat pada Januari depan.

“Saya akan pergi ke AS pada Januari, kemudian saya akan pergi ke Singapura pada Februari tahun depan.

“Saya pergi AS kerana dijemput untuk mengikuti temubual di rancangan Ellen.

“Semua jadual saya sudah padat. Lepas ini saya akan pandai bercakap orang putih, lagi saya akan terbang, terbang, terbang dan terbang. Maksudnya saya bekerja,” kata Nur Sajat dalam video itu.

Usahawan transgender itu kini memulakan kehidupan baharu di Australia sejak 18 Oktober lalu setelah diberikan suaka di negara itu.

Terdahulu, dalam temu bual bersama BBC, Nur Sajat berkata, dia terpaksa meninggalkan Malaysia kerana selalu diperlakukan tidak senonoh oleh pihak tertentu.

“Saya terpaksa melarikan diri. Saya dilayan dengan kasar, dipukul, ditolak, digari, semuanya di hadapan ibu bapa dan keluarga saya.

“Saya berasa malu dan sedih. Saya memberi kerjasama, tetapi mereka tetap berbuat demikian kepada saya hanya kerana saya seorang transwoman,” katanya.

Marcella