Bangga Langgar Perintah PKP, Individu Kongsi ‘Tips’ Balik KL Kini Berdepan Hukuman

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, pihak polis telahpun mengenal pasti individu yang melanggar PKP serta sempat berkongsi tips ‘balik’ KL

” Jangan berbangga apabila melakukan kesalahan dan mempengaruhi orang lain supaya mengikut tindak-tanduk mereka untuk melakukan kesalahan

“Pihak polis telah mengenalpasti mereka dan tindakan akan diambil. Tiada sesiapa pun akan terlepas dari tindakan polis dan undang-undang jika melakukan kesalahan.

Sumber : Google

Malah, Ismail Sabri juga turut berpesan jangan berbangga melakukan kesalahan dan menganggap diri sendiri sebagai hero.

Jadi tolonglah jangan berbangga melakukan kesalahan dan menganggap diri kita hero apabila melakukan kesalahan kerana akhirnya tindakan akan dilakukan pihak polis dan menyusahkan diri sendiri dan keluarga,” katanya.

Sumber : Google

Terdahulu, beliau turut memaklumkan bahawa tular gambar seorang lelaki sekeluarga yang mengaku berjaya pulang ke Kuala Lumpur dengan memberi alasan membawa anak ke hospital.

Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Covid-19, jangan lupa saksikan Buletin Utama, pada jam 8 malam di TV3.

Salma Syahbuddin