Bantuan RM500 Buat Warga Emas, Semak Syarat & Kriteria Permohonan

Kerajaan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) memberi inisiatif bantuan sebanyak RM500 kepada golongan warga emas bertujuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kerajaan  memperuntukkan bantuan kewangan RM500 sebulan dan telahpun dilaksanakan pada awal tahun 2021 dengan nilai bantuan telah dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang.

Syarat & Kriteria

Syarat dan kriteria untuk memohon bantuan RM500 ini adalah seperti berikut;

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  2. Berumur dalam lingkungan 60 tahun dan ke atas
  3. Mempunyai pendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata, Miskin Per Kapita Semasa
  4. Warga emas yang bukan tinggal  di:
    i.  Institusi kendalian JKM ATAU
    ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma ATAU mana-mana kes yang  berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara Mohon

Permohonan perlu dilakukan secara online/ manual seperti berikut;

  1. Layari laman web JKM untuk pendaftaran di portal rasmi ebantuanjkm.jkm.gov.my
  2. Tekan pada butang “Daftar Permohonan Atas Talian.
  3. Isi bahagian A  DAN bahagian B
  4. Pastikan setiap butiran diisi dengan betul dan klik butang “Keputusan”.
  5. Kemudian, sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan mengikut Daerah anda.
  6. Anda perlu hadir dalam tempoh 14 hari setelah buat permohonan dalam talian.

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Dan setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Dokumen yang perlu ada

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian ;

 

Sumber: JKM

Salma Syahbuddin