Pejam celik pejam celik Ramadan menghampiri kita.
Ramadan merupakan bulan yang paling banyak mempunyai kelebihannya bagi orang yang berpuasa. Namun begitu, amatlah rugi sekiranya kita sebagai umat Islam hanya sekadar berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga tetapi tidak menunaikan solat.
Apa hukum orang yang berpuasa di bulan Ramadan tetapi tidak mengerjakan solatnya?
Terdapat beberapa rumusan pendapat ulama berkenaan orang yang berpuasa tetapi tidak solat, antaranya:
Mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa mereka. Hendaklah mereka bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Inilah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini.
Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah tetapi tidak diberi pahala. Inilah pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr. Ahmad Syarbashi, Dr. Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain.
Hal ini kerana Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya:
“Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
Oleh itu, sebagai hambaNya ayuh tunaikan solat dan berpuasa di bulan Ramadan serta berlumba-lumba lah membuat kebajikan dan kebaikan, kerana setiap kebaikan akan diberi ganjaran pahala yang berganda-ganda.
InshaaAllah, semoga bermanfaat dan selamat beramal.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..
Ada betul juga cakap Michael kan?