Family Mart Tawar Ais Krim Percuma Buat “Januari Babies”

Family Mart kini kembali dengan tawaran ais krim percuma!

Kalau pada Disember yang lalu, Family Mart menawarkan ais krim percuma buat mereka yang lahir pada bulan tersebut, kini Family Mart nak belanja korang pula untuk cuba perisa terbaharu keluaran mereka iaitu Strawberi!

Bukan itu sahaja, ais krim berperisa strawberi ini juga didatangkan khas bersama minuman dan juga sundae tau!

Cara Penebusan Ais Krim Percuma Ini!

Mudah sahaja, cara-caranya korang perlu memuat turun aplikasi Family Mart dan daftarkan sebagai ahli. Kemudian, pilih “reward”, tekan “birthday voucher” dan tebus di mana-mana kaunter Family Mart. 

Sekiranya korang bukan lahir pada bulan Januari, jangan risau korang masih boleh dapatkan ais krim ini dengan harga RM2.90 sahaja.

Promosi ini hanya sah di semua Family Mart kecuali di KLIA2 dan Genting Highlands. 

So, cepat guys, masih belum terlambat buat korang yang lahir pada bulan Januari untuk grab tawaran eksklusif ini okay!

Sumber foto: Instagram Family Mart

Syafiqa Irdina