Featured By: Arfah November 6, 2021 @ 11:41am

Filem Tempatan Prebet Sapu Akan Ke Oscars

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah memilih filem ‘indie’ Prebet Sapu arahan Muzammer Rahman untuk mewakili negara ke anugerah akademi Oscars ke-94 yang akan berlangsung pada 27 Mac tahun hadapan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Filem yang merupakan arahan pertama Muzammer Rahman ini dibintangi oleh Amerul Affendi dan Mei Fen Lim.

Prebet Sapu mengisahkan tentang kehidupan yang dihadapi oleh anak muda berbeza latarbelakang di Kuala Lumpur pada hari ini dimana watak utamanya merupakan seorang pemandu ‘e-hailing’.

Filem yang bertemakan hitam putih ini juga dibarisi penampilan istimewa seperti Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Roslan Madun, Chew Kin Wah, Nadiya Nisaa, Megat Shahrizal, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, Atoi Tohet dan Shah Kimin.

Prebet Sapu yang juga dikenali sebagai ‘Hail,Driver!’ di dalam bahasa inggeris ini akan bertanding dibawah pencalonan kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik.

Menurut Finas, filem yang diterbitkan oleh Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn Bhd dan Konda Kondi Studio ini memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh penganjur Oscars.

Memetik kenyataan media yang dikeluarkan Finas, pemilihan filem Prebet Sapu ini dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem FINAS yang terdiri daripada penggiat filem tempatan bertaraf profesional.

“Filem Prebet Sapu dinilai melalui proses penilaian terperinci berdasarkan kriteria perfileman seperti pengarahan, penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan bunyi, skor muzik, penataan seni dan suntingan filem,” kata Finas melalui kenyataan medianya.

Pengarah filem ini berkata bajet filem ini hanya RM 500,000 dan dia berasa amat bernasib baik kerana pelakon-pelakon yang bekerjasama dalam filem ini bersetuju dengan bayaran ‘token’.

Sementara itu, filem ini turut ditayangkan di beberapa negara seperti India, Sepanyol, Kanada dan Amerika Syarikat.

Prebet Sapu bakal ditayangkan di tanah air pada 16 Disember tahun ini.

Sumber : The Star

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Apr 2020
Trending Tue, 16 Aug 2022

Sertai Kelas Lakonan, Ummi Nazeera Gembira Dapat Puaskan Hati Penonton

Drama Risik Pada Hati meraih sambutan hebat baru-baru ini, manakan tidak pelakon utamanya tak kurang hebatnya. Menampilkan Ummi Nazeera sebagai pelakon utama telah membuka mata penonton tentang lakonan mantapnya sehingga menerima banyak pujian. “Sejujurnya saya […]

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

Jumpa Banyak Syiling Bertaburan, Jualan Merosot….Cat Farish Kena Gangguan Mistik?

Dengki betul dengan bisnes orang eh! Semoga abang Cat Farish dan isteri dilindungi selalu🤲🏻

Featured Fri, 28 Feb 2020

Set kembara Tanamera mudahkan wanita bermusafir

Semua kelengkapan kecantikan disediakan

Featured Fri, 29 Jul 2022

“Saya Sentiasa Mahal…” – Adi Putra Akui Terima Bayaran Tinggi, Sesuai Nilai Lakonan Dan Komitmen Yang Diberikan

Tapi kalau Adi Putra berlakon memang best! drama best, filem apatah lagi♡♡♡

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Kecewa Ditinggal, Fadhlan Tulis Lagu Untuk Bekas Kekasih

Fadhlan Razali merupakan vokalis terbaharu ROMEO Band.

Trending Sun, 7 Jun 2020

Semua Pasar Terbuka, Pagi, Malam, Bazaria Di Seluruh Negeri Kini Boleh Beroperasi

Khas buat para peniaga pasar pagi, malam dan bazaria serta foodtruck!

error: Content is protected !!