Gaji Minimum Baharu Bakal Diumum Tahun Depan

Kerajaan dijangka bakal mengumumkan Perintah Gaji Minimum baharu pada tahun depan selepas kajian mengenainya selesai akhir tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, kajian mengenai gaji minimum itu sedang dilaksanakan dan ia selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang mana ia perlu dikaji sekali dalam dua tahun.

“Ini kita tidak boleh ubah, kalau kita mahu ubah kena buat melalui Parlimen (kajian dua tahun sekali) ia bukan setahun sekali,” katanya ketika menjawab mengenai semakan gaji minimum di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau juga menjelaskan bagi meningkatkan lagi kadar gaji minimum, Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dipertanggungjawabkan membuat kajian kerana ia mengambil kira pelbagai aspek termasuk kestabilan ekonomi, rangsangan Keluaran Dalam Negara Kasar, kos dan standard kehidupan rakyat.

 

 

Sumber: BH

Salma Syahbuddin