Hantaran Fimie Don Tentang Kematian & Sahabat Buat Netizen Sebak – “Kalau Aku Mati Nanti Siapa Nak Penuhkan Saf?”

Baru-baru ini, pelakon Fimie Don meraih perhatian dalam kalangan netizen selepas memaparkan satu video berkongsi tentang kematian dan persahabatan.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Fimie atau nama sebenar Shafimie Saedon sedang berborak bersama rakannya yang juga selebriti iaitu Ikmal Amry meminta untuk tidak menangis jika dirinya sudah tiada.

“Janji satu benda dengan aku boleh tak? Kalau suatu hari nanti, aku tak tahu pun. Tapi kalau rezeki aku pergi dulu, kau jangan nangis tau.

“Aku selalu cakap ni dekat kawan aku sebab itu adalah hari yang aku boleh temukan semua kawan-kawan aku satu tempat sebab aku duka tau kumpul ramai-ramai.

“Aku tak ramai kawan. Orang cakap ‘mati ke tidak ada kawan?’ Aku cakap betul tak mati kalau tidak ada kawan, tapi bila aku mati nanti siapa yang akan penuhkan saf?,” katanya di dalam video tersebut.

@fimiedonofficial

“Mati ke tak ada kawan?” “Tidak, tak mati kalau tak ada kawan, Tapi kalau aku mati nanti, siapa yang akan penuhkan saf aku?”

♬ Sambut – Chorus – Fimie Don & Faizal Tahir

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya sebak dengan kata-kata penyanyi tersebut malah, ramai yang berkongsi pengalaman atau kisah tentang mereka bersama rakan-rakan yang lain.

“The saddest part bila dah habis diploma semua bawak diri masing-masing, semua dah menuju alam pekerjaan . Take care my dip’s friends.

What a beautiful word, you touched my heart. Kau kenapa buat aku nangis. Aku dah lah jarang buka TikTok,” tulis netizen.

Nurul Hana