[VIDEO] Talita Anak Shuib Menangis Selepas Bapa Bernikah Buat Netizen Sebak – “Ibu Sentiasa Tunggu Kamu Di Pintu Syurga”

Umum mengetahui Jumaat lalu telah berlangsung meriah majlis pernikahan pelawak popular Shuib bersama pilihan hatinya, Watie Hanifiah di Putra Glass House, Shah Alam.

Dalam majlis yang penuh indah itu, kedua mempelai yang tampil segak mengenakan busana dari pereka fesyen tersohor, Fizi Woo itu diraikan keluarga dan rakan-rakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat Nikahi Watie, Shuib Tamatkan Zaman Duda Dengan Sekali Lafaz

Terbaharu, tular di media sosial momen-momen hari bahagia pasangan sama cantik sama padan itu.

Menerusi video tersebut, memaparkan anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra menangis selepas bapanya selamat bernikah sambil dipeluk erat neneknya.

Menjengah di ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi malah ada juga yang turut sebak melihat Talita yang mengalirkan air mata.

Dalam kesedihan itu, ramai turut mendoakan agar Talita menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapanya.

Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwau Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan 2.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Khairil Khusyairi