Indonesia Henti Eksport Minyak Sawit, Malaysia Mampu Tampung Permintaan Dunia

Malaysia yakin dapat menampung permintaan minyak kelapa sawit dunia susulan pengumuman Presiden Joko Widodo untuk mengentikan eksport minyak masak dan minyak sawit dari Indonesia ke luar negara bermula 28 April.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin yakin bahawa Malaysia mampu memenuhi permintaan antarabangsa yang dijangka meningkat, terutamanya selepas sempadan antarabangsa Malaysia dibuka semenjak 1 April lalu.

“Saya yakin Malaysia bersedia dan kita mampu menawarkan bekalan kelapa sawit kepada pasaran antarabangsa kerana produktiviti kita dijangka bertambah berikutan dengan pembukaan sempadan, yang mana pengambilan pekerja asing telah bermula,” katanya.

Tindakan Indonesia melarang eksport tersebut bertujuan memastikan bekalan dan harga mampu beli minyak masak di pasaran domestik.

Harga runcit minyak masak di Indonesia pernah meningkat lebih 40 peratus berikutan permintaan tinggi dan penurunan pengeluaran.

Menurut Setiausaha Agungnya, Mansuetus Darto, beliau percaya dengan langkah yang diambil presiden bagi memastikan bekalan domestik minyak masak.

Sesetengah ahli politik mengkritik larangan eksport itu kerana ia akan merugikan jutaan petani kecil, manakala pakar ekonomi memberi amaran kehilangan pendapatan eksport.

Menurut Suruhanjaya Bahana, eksport minyak kelapa sawit Indonesia kebiasaannya bernilai AS$3 bilion (RM13 bilion) sebulan.

Kerajaan Indonesia bagaimanapun tidak menyatakan berapa lama larangan itu akan berkuatkuasa dan jenis produk kelapa sawit yang akan terjejas.

Sumber: BERNAMA & Berita Harian

Kredit foto: Syifa Yulinnas

Maya Basir