Categories: Trending Hari Ini

Ini Antara Peraturan PKPP Yang Diwartakan Kerajaan Persekutuan

Ambil perhatian semua!

Peraturan-peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mula berkuat kuasa hari ini telah diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan.

Ini antara 11 aktiviti yang dilarang dalam tempoh penguatkuasaan PKPP sehingga 31 Ogos: 

1. Penganjuran acara dan pertandingan sukan.

2. Sukan sentuh.

3. Aktiviti taman tema air dan taman air.

4. Aktiviti kolam renang (selain aktiviti kolam renang di rumah persendirian dan di kolam renang untuk kegunaan persendirian di premis penginapan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]) kecuali untuk latihan atlet negara yang menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020.

5. Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia.

6. Aktiviti di pusat karaoke, tempat permainan kanak-kanak di pusat membeli-belah dan pusat hiburan keluarga.

7. Aktiviti di dalam pub dan kelab malam, kecuali perniagaan restoran di dalam pub dan kelab malam.

8. Menyedang pakaian, penggunaan bilik acu di kedai pakaian, mencuba aksesori fesyen di kedai dan menyediakan sampel penguji kosmetik di kedai.

9. Aktiviti refleksologi dan urut di pusat kesihatan dan kecantikan.

10. Aktiviti kapal persiaran.

11. Apa-apa aktiviti dengan kehadiran yang ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan sosial dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.

Sesiapa yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan atau arahan, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh muat turun mengenai warta berkenaan daripada laman web rasmi Jabatan Peguam Negara.

Sumber: Laman web Rasmi Jabatan Peguam Negara, Bernama

Syafiqa Irdina