Categories: Trending

Kos TASKA Bakal Dinaikkan?

Kos penjagaan kanak-kanak mungkin akan dinaikkan kerana pihak pengusaha TASKA perlu menampung kos sanitasi taman asuhan tersebut.

Isu itu dinyatakan sendiri oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri. Menurutnya, pengusaha TASKA perlu memberi penjelasan kepada pihak ibu bapa berhubung kos peningkatan bagi mengurangkan beban ibu bapa.

“Semua ada kos tambahan, mungkin sama dengan TASKA. Saya harap pengusaha TASKA bincang dengan ibu bapa dan beri penjelasan kenapa ada peningkatan kos

“Kalau ada persetujuan bersama, insya-Allah tidak timbul isu, Katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan bersetuju baki 6,696 TASKA dibenarkan beroperasi semula. Manakala, 304 TASKA dibenarkan berbuat demikian mengikut peraturan dan SOP.

Salma Syahbuddin