Categories: Trending Hari Ini

Isu Cerita Upin&Ipin Bikin Kecoh, Fizi Akan Tampil Minta Maaf

Isu tentang sebuah babak dalam episod berjudul Syahdunya Syawal yang disiarkan pada Hari Raya pertama di saluran MNCTV, Indonesia telah menjadi tular dan mencetuskan kemarahan warganet ketika ini.

Susulan kejadian itu, penerbit Upin & Ipin bakal membuat permohonan maaf di atas kontroversi watak Fizi yang dikatakan tidak menjaga sensitiviti anak yatim. Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata, pihaknya sedang dalam proses menyiapkan video permohonan maaf itu.

Burhanuddin juga menjelaskan, disebabkan watak Fizi yang telah mencetuskan kemarahan penonton dan peminat siri ini, maka mereka akan menampilkan Fizi sendri untuk melakukan permohonan maaf.

Namun,  soal bila dan medium pilihan untuk pernyataan maaf itu disiarkan tertakluk kepada stesen penyiaran di Indonesia, iaitu saluran MNCTV.

Ahad lalu, dialog dituturkan Fizi dalam episod berkenaan yang menyentuh persoalan di mana syurga untuk anak yatim, mencetuskan perbalahan peminat di Indonesia dan Malaysia.

Sepantas kilat, komen ‘Fizi is cancelled’ menjadi tular di laman sosial terutama Twitter.

Burhanuddin berkata, reaksi terhadap dialog Fizi itu membuktikan siri animasi Upin & Ipin dekat di hati peminat termasuk di Indonesia.

Dia juga berharap dengan permohonan maaf yang bakal dikeluarkan, netizen akan kembali sejuk hati dan tidak mencemuh watak Fizi lagi.

Sumber: Berita Harian

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover