Jemaah Menteri Sebulat Suara Sokong Muhyiddin

Ahli Jemaah Menteri hari ini sebulat suara kekal memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Ahli Jemaah Menteri dalam kenyataan ringkas berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

Ahli Jemaah Menteri juga ingin memaklumkan setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

“Keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar daripada pandemik COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Sabtu lalu, Pejabat Perdana Menteri dilapor menafikan kenyataan media menggunakan jata negara yang tular, mendakwa Muhyiddin akan melepaskan jawatannya, selain ia dianggap palsu jika tidak dimuat naik ke Facebook rasmi.

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”