Featured By: Marcella October 31, 2021 @ 12:47pm

Joe Flizzow Jadi Guru Bahasa Inggeris… Tukar Profesion Ke?

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow mendapat inspirasi melancarkan program pengajian Bahasa Inggeris selepas mendapat respons seorang guru di Kelantan.

Guru itu berterima kasih atas usaha kumpulan rap yang dianggotai oleh Joe, Too Phat yang merakamkan album sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Memetik laporan Berita Harian, projek Start Your English Journey With Joe Flizzow menawarkan aplikasi pembelajaran, SOLS Edu kepada umum khususnya generasi muda untuk belajar Bahasa Inggeris.

“Saya menerima surat daripada seorang guru di Kelantan, selepas menghasilkan album pertama Too Phat yang sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

“Cikgu itu mengucapkan terima kasih kepada kami kerana berjaya menarik perhatian pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris selepas mendengar lagu Too Phat.

“Apabila saya bercakap dengan pengasas SOLS 24/7, Raj Ridvan Singh atau Teacher Raj, adalah sangat jelas bahawa kami mempunyai matlamat sama untuk membantu golongan muda mencapai potensi penuh mereka.

“Pada masa itu, saya tahu bekerjasama dengan SOLS Edu dalam projek itu adalah cara terbaik untuk saya menyumbang kepada masyarakat,” katanya.

Malah, program ini mempunyai kaedah pembelajaran yang teratur dan menyediakan akses secara percuma untuk belajar bahasa Inggeris.

Aplikasi pembelajaran SOLS Edu yang dibangunkan sejak enam tahun lalu mempunyai pelbagai versi.

Program ini bertujuan untuk membantu setiap rakyat Malaysia menguasai bahasa Inggeris di tempat kerja daripada kemudahan peranti digital mereka sahaja.

Melalui kerjasama itu, Joe akan mengajar 28 topik atau 52 pelajaran yang merangkumi asas bahasa Inggeris.

Selain itu, peserta akan menerima sijil masing-masing setelah tamat pembelajaran.

Projek ini juga membolehkan peserta lebih bersedia dalam penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata untuk menduduki kertas Ujian Bahasa Inggeris Cambridge terpilih.

“Ini adalah aplikasi yang mengagumkan, dengan kaedah pembelajaran bahasa Inggeris yang lebih mudah.

“Pelajar hanya perlu melanggan aplikasi SOLS Edu dan saya akan membimbing mereka melalui setiap pelajaran,” katanya.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Feb 2019

‘Di Saat Aku Susah Nak Makan Pun Tak Lepas…’- Sharnaaz Ahmad Respon Mengenai Rantai Emas

Akui bapa kepada bayi comel Jebat Jayden ini, dia faham tentang hukum dalam agama Islam namun memiliki alasan tersendiri memiliki barang kemas untuk simpanan peribadi. 

Hiburan Wed, 16 May 2018

Wow! Anak Beckham Cuba Nasib Di Korea Selatan

Ada khabar yang kami dengar anak ketiga David Beckham menghantar permohonan untuk sertai uji bakat The Man, sebuah kumpulan baharu.

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

Syamel Sebak Pertama Kali Beraya Tanpa Datuk Tersayang

Tidak dapat Syamel bayangkan perasaan berhari raya tanpa datuk…

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Wow…Isteri Dedah Sikap Sebenar Alif Satar Di Rumah!

Alif ni macam mana agaknya bila di rumah ya?

Featured Wed, 4 Jan 2023

[VIDEO] “Mana Jumpa Papa Macam Ni? Limited!” – Netizen Cemburu Kekasih Zarina Anjoulie Beli Alat Solek

Untungnya Anjuu 🥰🥰 Boyfriend or husband korang sweet macam ni juga tak? Hihiii 🤪🤪

Featured Sat, 14 Jan 2023

Kongsi Tip Untuk Bahagia, Puteri Sarah Akui Sabar & Tenang Hadap Ujian Tuhan

Pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsi tip mencari bahagia ketika dirinya diuji oleh Tuhan. @faiznurzin #fyp #faiznurzin #tiktokmalaysia #kekuatan #kesabaran #ketenangan #puterisarahliyana ♬ original sound – ꜰᴀɪᴢɴᴜʀᴢɪɴ Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @faiznurzin di TikTok, […]

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Penyanyi Popular Ini Sebenarnya Protege Black?

Jangan lupa saksikan Mentor Milenia 2019 Ahad ni tau?