“Kau Hado? Kau Hado? Tunjuk Kaya… Kecil Hati Orang”- Ustaz Kazim Elias Komen Isu Jutawan Tunjuk Kemewahan di Media Sosial

“Kayalah tetapi jangan simpan dalam hati, duit harta, letak atas tapak tangan,” begitulah kata-kata pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias ketika ditanya mengenai isu melibatkan golongan berharta yang suka menunjuk kemewahan sebagai sumber inspirasi di laman sosial.

Menerusi program bual bicara Sembang Viral TV9 yang dihoskan bersama Datuk Rosyam Nor baru-baru ini, pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias telah tampil menjelaskan pandangannya mengenai perkara itu.

“Saya tengok orang kaya yang betul-betul kaya di Malaysia, yang diiktiraf antara 10 manusia terkaya jarang sekali tunjuk kemewahan di sosial media.

“Saya nampak sekarang ni media sosial kadang tak tahu meniaga apa tapi tunjuk buka bonet penuh duit. Itu kadang nak suruh orang datang rompak kadang menimbulkan tidak puas hati kepada orang lain.

“Kalau kita tunjuk kemewahan untuk ajak orang kepada kejayaan okay lah. Tapi kalau untuk tunjuk kau ada? Kau ada? Kau ada? Kecil hati orang tu,” komennya lagi.

Untuk info, program Sembang Viral adalah program bual bicara baharu yang bersiaran di TV9.

Kapsul berdurasi 10 minit itu dikendalikan secara bergilir oleh Rosyam dan Ahmad Fedtri Yahya setiap hari pada jam 7.30 malam.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”