Featured By: Salma Syahbuddin September 10, 2021 @ 8:00pm

Kerajaan Dicadang Untuk Teruskan Bantuan Tunai & E-Wallet, Perlu Beri Keutamaan Buat Golongan B40

Kerajaan perlu terus menyalurkan bantuan tunai kepada orang ramai supaya berlaku aliran wang secara berterusan bagi merancakkan kembali ekonomi tempatan.

Profesor Madya di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Anuar Shah Bali Mahomed berkata, bantuan tunai yang disalurkan kerajaan ketika ini perlu diteruskan, manakala bantuan tanpa tunai melalui inisiatif e-dompet harus dipertingkatkan pelaksanaannya.

Keutamaan buat golongan atau keluarga B40

Selain itu, bantuan seperti pemberian elaun tunai untuk setiap anak yang berusia 18 tahun ke bawah bagi setiap keluarga B40 juga perlu dipertimbangkan bagi meringankan beban ibu bapa untuk persekolahan anak mereka.

“Selain itu, makanan percuma di sekolah rendah dan menengah kepada anak-anak keluarga B40 untuk semua sekolah di Malaysia juga boleh diwujudkan disebabkan kumpulan ini mempunyai wang tunai yang terhad.

“Berikan bantuan sekali bayar kepada mereka yang ingin memulakan semula perniagaan, terutama kepada pengusaha bas atau kenderaan sekolah untuk kos penyelenggaraan selain pengusaha sektor pelancongan.

Walaupun bantuan sekali bayar telahpun diberikan semasa Pakej Pemulihan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)  kepada agensi pelancongan berdaftar, namun kerajaan diminta mempertimbangkan untuk memberikan bantuan sama sekali lagi kepada golongan tersebut.

Selain itu, bantuan tambang bas sekolah kepada semua pelajar kumpulan B40 juga boleh dipertimbangkan untuk diberi kepada keluarga B40 kerana ia sekali gus membantu pengusaha kenderaan sekolah.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Apr 2018

一看到书就想睡?用「它」阅读立刻变有趣!

对于习惯滑手机吸收新知的现代人来说,看到实体的书本,可能会稍嫌枯燥乏味,甚至读不到几页就就会有睡意来袭、犯困想睡!若你也深受其扰,可以试试(这个)……

Hiburan Tue, 16 Oct 2018

OMG! Wawa Zainal Panik Accident Atas Air?

Walaupun tidak mengalami kecederaan serius, gambaran dalam video yang dikongsi Aeril itu membuatkan netizen berdebar menontonnya.

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Ajak Tolak ‘Lamaran’ Dua Stesen Radio?

Namun begitu, selebriti berusia 33 tahun ini tidak menolak kemungkinan untuk bergelar penyampai radio semula jika mendapat tawaran bersesuaian kelak.

Hiburan Mon, 30 May 2022
Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Hampir Tolak, Tapi..” – Afieq Shazwan Gementar Jadi ‘Anak Ikan’ Kepada…

Wow! Anak ikan? Luar biasa ek Afieq Shazwan 🥵 Agaknya siapa Sugar Mommy Afieq? 🤭