Kerajaan Selangor Benarkan Majlis Akad Nikah Mulai Esok

Kerajaan Selangor bersetuju membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah dan masjid mulai esok.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi JAIS, majlis itu boleh dilangsungkan setiap hari, tetapi kehadiran adalah terhad kepada pasangan pengantin dan wali saja, manakala individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar.

Manakala bagi yang belum lengkap vaksinasi, ujian saringan ‘Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction’ (RT-PCR) perlu dilakukan ke atas pengantin serta wali, dalam tempoh 72 jam dari waktu pelaksanaan majlis dan mengemukakan keputusan ujian kepada pendaftar sebelum majlis dilaksanakan.

“Jika terdapat pelanggaran ketetapan semasa, Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk atau Pegawai Tadbir Agama boleh menangguh atau membatalkan majlis akad nikah.

“Tindakan tegas wajar diambil jika ada mana-mana individu atau pihak didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan semasa yang ditetapkan,” mengikut perkongsian JAIS tersebut.

JAIS turut mengingatkan pihak-pihak yang terlibat untuk mematuhi ketetapan semasa Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan kerajaan negeri, berkaitan langkah-langkah keselamatan.

Kredit foto: Sinar Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”