Kes Omicron Pertama Kini Dikesan Di Tawau

Sabah melaporkan satu kes import COVID-19 varian Omicron pertama dikenalpasti di Tawau.

Menurut Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, pesakit yang dikenal pasti adalah seorang warganegara yang pulang dari menunaikan umrah di Arab Saudi pada 9 hingga 18 Disember lalu.

“Lelaki itu kembali ke Malaysia pada 19 Disember melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiba di Tawau bersama isterinya pada 20 Disember lalu.

“Setibanya di Tawau, pesakit dan isteri diarahkan menjalani kuarantin di rumah mereka dan keputusan ujian ‘whole genome sequencing’ pada 4 Januari lalu menunjukkan beliau positif varian Omicron. Manakala, isterinya  dikesan positif COVID-19 melalui ujian PCR pada 24 Disember lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Masidi menegaskan keadaan kedua-dua pesakit pada masa ini adalah sihat dan ketika disahkan positif COVID-19, pesakit adalah kategori dua, manakala isterinya kategori satu.

 

Sumber: BH

Salma Syahbuddin