Ketua Pengarah Kesihatan Positif PKP Fasa Ketiga Berpotensi Tamatkan COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah optimis dan yakin bahawa PKP fasa ketiga berpotensi untuk menamatkan penularan wabak COVID-19.

Menerusi laporan daripada Berita Harian, Datuk Dr Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan jumlah kes 4,817. Angka tersebut sekaligus berbeza dengan jangkaan JP Morgan yang meramalkan Malaysia bakal berdepan dengan 6,300 kes.

“Esok saya jangkakan jumlah keseluruhan positif COVID-19 adalah kurang daripada 5,000 kes dan ia hasil keberkesanan daripada PKP fasa pertama dan kedua.

Kredit foto: https://www.facebook.com/DGHisham/photos/pcb.3201111949912671/3201108546579678/?type=3&theater

“Setakat minggu ke-13, Malaysia masih dalam fasa pemulihan daripada penularan wabak COVID-19, tetapi kita akan terus pantau sebab kes belum berkurangan lagi,”

Beliau juga yakin bahawa PKP fasa ketiga ini bukan sahaja dapat mengurangkan kes dan meratakan lengkung tetapi sekaligus berpotensi untuk menghapuskan COVID-19.

Sehingga ke hari ini, hampir separuh daripada 4,817 kes positif COVID-19 yang dilaporkan di negara ini sudah pulih sepenuhnya.

Teruskan #stayathome dan amalkan jarak sosial. Bersama-sama kita mampu membanteras COVID-19.

Sumber: Berita Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”