Featured By: Arfah December 21, 2021 @ 1:54pm

Lelaki Cuba Redah Banjir Untuk Berlindung Di Tempat Selamat Ditemui Lemas

Percubaan seorang lelaki yang berusaha untuk meredah banjir menuju ke tempat selamat selepas rumahnya dinaiki air berakhir dengan tragedi apabila ditemukan maut di perkarangan perumahannya di Flat Taman Permata, Dengkil pada Isnin.

Memetik laporan BERNAMA, mayat V. Kanniappan berusia 52 tahun ditemukan dalam keadaan terapung oleh seorang wanita pada kira-kira jam 7 pagi di kawasan bawah flat berkenaan yang masih digenangi air sedalam dua meter sejak Sabtu lalu.

Ketua Komuniti Flat Taman Permata G. Ramadass berkata mangsa meninggalkan rumahnya di Blok D flat itu untuk ke rumah adik lelakinya yang tidak terjejas banjir di Taman Dengkil Jaya pada pagi Ahad.

Tetapi untuk bergarak ke rumah adiknya, mangsa perlu meredah banjir.

“Anggota keluarga ingat beliau sudah tiba di rumah saudara. Mangsa juga tidak dapat dihubungi kerana masalah telekomunikasi,” kata Ramadass.

Ramadass menjelaskan anak mangsa turut mencarinya apabila menyedari bapanya hilang kerana tidak sampai ke rumah saudaranya itu.

Menurutnya, hampir 400 keluarga yang mendiami perumahan itu tidak dapat keluar dari kediaman masing-masing akibat dilanda banjir dan terputus bekalan elektrik sejak Sabtu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat terapung pada jam 7.56 pagi dan telah menyerahkan mayat V. Kanniappan kepada pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Yusof yang mengesahkan kejadian itu, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah menjalankan siasatan terhadap mangsa dan tiada sebarang kecederaan ditemui di badan mangsa.

Mangsa dibawa ke Hospital Serdang bagi ujian saringan awal COVID-19 sebelum dibedah siasat.

Sumber: BERNAMA

Kredit foto: Water Safety Magazine

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Feb 2021
Trending Wed, 27 Jun 2018
Hiburan Mon, 22 Jan 2018

3 WANNA ONE FANS ARRESTED AND DETAINED BY MALAYSIAN GOVERNMENT!

Three Wannables detained in Malaysia for four days prior to Wanna One’s fan meting due to selling their self-produced goods at the fan meeting. Click in to see more info.

Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Tue, 17 May 2022
Events Thu, 14 Nov 2019

Aiman Tino Serik Nak Buat Baik?

Sabar okay, Aiman!

Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Tom Holland Saved Spider-Man With a Phone Call

We don’t have any other choice but to stan!

Trending Tue, 26 Jun 2018

Rosmah Likely to be Charged in 1MDB Case Too

It seems like justice is being served.

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Ruffedge Lancar Kelab Peminat

Ini merupakan inisiatif para peminat sendiri untuk menjadikan sebuah platform yang menghubungkan dengan para peminat kami.