Malaysia Berjaya Capai Sasaran Beri 150,000 Vaksin Sehari

Kadar vaksinasi harian sebanyak 150,000 sudah berjaya dicapai semalam dan angka itu dijangka terus meningkat berikutan 16 juta dos vaksin Covid-19 yang bakal tiba dalam tempoh dua bulan.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin , pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjaya yang dijalankan sejak bermula fasa pertama 24 Februari lalu melepasi sasaran yang ditetapkan.

Tambah beliau, pada permulaan program ini, kira-kira 5,000 hingga 8,000 suntikan vaksin diberikan setiap hari dan kini berjaya meningkatkan suntikan vaksin harian sekitar 150,000 sehari.

“Usaha ini tidak dapat dijayakan tanpa perancangan rapi kerajaan dan pengorbanan petugas barisan hadapan serta sukarelawan yang terlibat.

“Daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV), vaksinator, doktor, jururawat, sehinggalah anggota PDRM, ATM, RELA, APM dan para sukarelawan, syabas dan terima kasih atas dedikasi dan kerja keras saudara-saudari bagi memastikan program vaksinasi terbesar dalam sejarah negara kita ini berjaya dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”