“Melampau Sangat Ni” – Menari Aksi Twerk, Sabronzo Dolla Dikritik Netizen

Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo menerima kecaman netizen selepas melakukan aksi tarian yang dianggap tidak bersesuaian.

Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh Sabronzo atau nama sebenar Sabrina Rusli, 27, wanita itu menari tarian ‘twerk’.

@sabronzooooparty with us 🤪

♬ Dame Tu Cosita (feat. Cutty Ranks) – El Chombo

Dalam video tersebut, Sabronzo turut menari bersama ahli kumpulan Dolla yang lain iaitu Tabby, Angel dan Syasya.

Aksi tariannya itu mendapat perhatian netizen yang berpendapat bahawa aksi tersebut tidak sesuai dilakukan oleh wanita beragama Islam.

Video yang mendapat 2 juta tontonan itu dibanjiri komen-komen daripada netizen yang mendakwa aksi tarian Sabronzo sudah melampaui batas.

Selain kecaman, terdapat juga segelintir netizen mendoakan agar dirinya bertaubat dan berubah menjadi lebih baik.

Sekadar info, ‘twerk’ adalah tarian mengikut muzik yang melibatkan pergerakan pinggul dengan aksi seksual.

Maya Basir