Moratorium Automatik : Tiada Faedah Terkompaun & Penalti Lewat Bayar, Tarikh Permohonan Dibuka Mulai…

Moratorium automatik selama 6 bulan bermula Julai telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20 di bawah Pakej Bantuan PEMULIH hari ini.

Moratorium 6 bulan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

Menurut  Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun dan caj penalti lewat bayaran bagi moratorium enam bulan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Justeru, bagi mereka yang ingin melakukan permohonan moratorium automatik boleh berbuat sedemikian  pada 7 Julai 2021.

Sila pastikan anda mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat mulai tarikh yang dinyatakan, kerana pihak bank perlu membuat kemaskini serta perincian maklumat.

Bagi maklumat lanjut layari portal Bank Negara Malaysia.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”