Cahaya Mata By: Maya Basir August 2, 2023 @ 7:24pm

[VIDEO] Siap Tarik & Potong Uri, Nadzmi Adhwa Kongsi Pengalaman Sambut Sendiri Anak Kedua Anak Kedua, Siap Tarik Uri…

Pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi pengalaman membantu proses kelahiran anak keduanya pada 25 Julai lalu.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Nadzmi dilihat kekal tenang ketika isteri bertarung nyawa melahirkan anak lelaki mereka.

Di dalam video tersebut, Nadzmi turut menarik keluar uri dan memotongnya sebelum melaungkan azan dan iqamah di telinga kanan anak keduanya.

“Alhamdulillah genap tujuh hari. Terima kasih Allah atas izin dan kurniaMu. Pengalaman dan rezeki luar biasa dari Allah dapat sambut sendiri anak kedua ni,” ujarnya.

Pada masa sama, dia meluahkan rasa penghargaan buat isterinya, Ardell di atas pengorbanannya melahirkan cahaya mata mereka.

“Kepada isteri saya Ardell, terima kasih atas anugerah ini. Wahai isteriku, saya ada bersama awak dalam berjihad bertarung nyawa demi satu nyawa yang amat penting dalam keluarga kita.

“Tak terbalas pengorbanan awak. Terima kasih kerana memahami diri saya. I love you so much sayang and welcome baby kesayangan. Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada agama dan ibu bapa,” katanya.

Bagi bayi kedua, mereka memilih nama Arwa Uthman Affan yang membawa maksud kepada sifat-sifat yang baik dan nama sahabat Rasullullah SAW.

Pada 25 Julai lalu, Ardell selamat melahirkan cahaya mata kedua secara normal di sebuah hospital di Seri Kembangan, Selangor pada jam 12.58 pagi.

Untuk rekod, Nadzmi dan Ardell telah mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Arwa Malaikha Urwa yang kini berusia tiga tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Anak-Anak Di Palestin, Netizen Terharu… Minta Ardell Aryana Bawa Balik Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Oct 2020
Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Amylea Panik Sebab AJL33?

All the best buat Amylea dan Kaer di pentas AJL33 nanti!

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Bakal Bertunang, Kali Ini Joy Revfa Pilih Pelakon

Dah ‘terjodoh’, nak buat macam mana.

Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Trending Wed, 18 Jul 2018

Catwalk Sambil Menyusukan Bayi. Hebat Mara Martin!

Mara Martin menyusu dan mengendong anaknya, Aria ketika pertunjukan baju renang tahunan, Sports Illustrated.

Hiburan Thu, 29 Feb 2024

Ezzanie Jasny Jamin Takkan Lupa Diri

min suka tengok Ezzanie ni