Pengeluaran Khas KWSP Dengan Bayaran Secara One-off Kini Boleh Dibuat Melalui…

Sejak kebenaran pengeluaran Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diberi kelulusan oleh kerajaan, masyarakat nampaknya menyambut baik keputusan tersebut terutamanya bagi mereka yang terkesan sehingga ke hari ini.

Oleh itu, pihaknya hari ini mengumumkan bahawa ahli yang ingin membuat permohonan pengeluaran simpanan KWSP atau Pengeluaran Khas ini boleh berbuat demikian melalui i-Akaun atau portal rasmi mereka di pengeluarankhas.kwsp.gov.my bermula 1 April 2022.

Bagaimanapun, portal rasmi pengeluaran khas KWSP masih dikemaskini dan akan dikongsikan dalam masa terdekat.

Namun, ahli perlu memastikan bahawa akaun bank mereka adalah aktif dan di bawah nama ahli sendiri. Manakala, akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.

Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022.

Sebelum ini, pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran sahaja atau one-off dan akan dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli bermula 20 April ini.

Bagaimanapun, jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000, dan minimum RM50, dan ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas ini boleh  ‘Ask ELYA’  di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP, atau boleh menghubungi talian Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848 bermula 1 April 2022.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Jom Semak Syarat Dan Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Secara One Off

ARTIKEL BERKAITAN:Permohonan Pengeluaran Khas & Pembayaran KWSP RM10,000 Akan Bermula Pada…

Salma Syahbuddin