PKP Besar-Besaran Tidak Akan Dilaksanakan, Namun…

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara besar-besaran seperti sebelum ini tidak akan dilaksanakan semula walaupun masih lagi berdepan situasi penularan Covid-19 termasuk varian Omicron.

Bagaimanapun Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak menolak kemungkinan mengambil langkah lebih ketat termasuk menyekat pergerakan keluar dan masuk daripada lebih banyak negara.

Tegasnya, langkah tersebut akan dibuat sekiranya negara didapati berisiko dan mencatatkan peningkatan kes yang tinggi.

“Ia dibuat dengan mengambil kira pembentangan dilakukan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyatakan sebanyak 245 kes Omicron disahkan di Malaysia. 

“Lebih-lebih lagi sebahagian besar kes jangkitan daripada varian itu masih lagi berpunca daripada kepulangan pengembara dari luar negara.

““Namun apa yang penting pendekatan melaksanakan PKP secara besar-besaran seperti sebelum ini tidak akan dilaksanakan semula. Ini ke arah usaha kita bersiap sedia untuk masuk ke fasa transisi endemik yang sepatutnya diumumkan awal tahun ini,” katanya.

Tambahnya lagi, buat masa ini varian Omicron dilihat tidak memberi kesan begitu serius kepada kesihatan individu tetapi menular dengan dahsyat. Dan, masih terlalu awal untuk membuat rumusan mengenai penemuan varian baharu, Deltacron.

 

 

Sumber : Utusan

Salma Syahbuddin