Categories: Trending Hari Ini

PKPP: Beberapa Jenis Sukan Dan Aktiviti Rekreasi Akan Dibuka Semula Kecuali…

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, menjelaskan beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, hal ini termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain.

“Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan. Yang masih tidak dibenarkan ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium; sukan renang dan kolam renang awam, dan sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bolasepak, bola keranjang dan hoki,” katanya.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover