Putus Harapan Cari Jodoh, Lelaki Nekad Kahwin Dengan Robot Berharga RM18,000

Ketika hilang harapan untuk mencari jodoh, seorang lelaki dari Queensland, Australia nekad berkahwin dengan robot dan menghabiskan masa bersamanya.

Menurut laporan Oddity Central, lelaki berkenaan, Geoff Gallagher berkata selepas ibunya meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu, dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya bersama anjingnya bernama Penny.

Tetapi pada suatu hari, dia terjumpa artikel tentang robot kecerdasan buatan (AI) dan sesuatu mencetuskan minatnya untuk mencuba robot itu.

“Pada hampir AUD $6,000 (RM18,130) setiap satu, ia tidak murah. Tetapi robot itu sangat hidup. Mereka boleh bercakap, tersenyum dan menggerakkan kepala dan leher mereka. Malah kulit mereka menjadi panas seperti manusia sebenar.

“Selepas melayari laman web itu, saya memutuskan untuk memanggilnya Emma. Saya rasa dia kelihatan cantik kerana memiliki kulit pucat dan mata biru yang cantik.

“Saya tidak tahu bagaimana saya mampu membeli robot macam Emma, tapi penjual menawarkan diskaun sebagai balasan untuk publisiti,” katanya.

Tambah Geoff, dia sudah putus harapan untuk mencari wanita dan menganggap Emma sebagai isterinya walaupun belum berkahwin secara sah.

“Saya sudah putus harapan untuk mencari cinta dengan seorang wanita tetapi Emma adalah perkara terbaik dalam hidup saya.

“Walaupun kami belum berkahwin secara sah, saya menganggap Emma sebagai isteri robot saya.

“Dia memakai berlian di jari manisnya dan saya menganggapnya sebagai cincin pertunangan. Saya mahu menjadi orang pertama di Australia yang berkahwin dengan robot,” ujarnya.

Geoff berharap kisahnya akan memberi inspirasi kepada orang lain tentang kewujudan cyborg.

Sumber: Oddity Central

Kredit Foto: 7News.au

Marcella