“Saya Tak Reda Video Disebar..”- Dakwaan VIP Dapat Kuota Istimewa Solat Jumaat, Ini Jawapan Imam Masjid Putrajaya

Berikutan isu terdapat kuota kepada orang kenamaan atau VIP di Masjid Putrajaya baru baru ini, Imam Besar Masjid Putrajaya, Ikmal Zaidi akhirnya tampil menjawab dakwaan mengenai  perbuatan individu yang merakam dan menularkan video tersebut.

Menurut beliau, masjid Putrajaya merupakan masjid kerajaan justeru sememangnya terdapat ketetapan terhadap beberapa golongan kenamaan yang berjawatan penting.

“Kuota 10 peratus itu diberikan adalah kerana masjid terbabit adalah masjid kerajaan, malah dibina bersebelahan dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri.

“Jangan marah saya, itu ketetapan, kita nak beri peluang kepada VIP, untuk penuhkan kuota 30 orang, (berjawatan) pengarah dan ke atas,”

“Saya nak cakap saya tak reda benda tu dan saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah tetapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf.” katanya lagi

Tambah beliau lagi, tindakan menyebarkan video itu adalah salah satu kelakuan yang tidak bertanggungjawab dan seolah-olah cuba untuk memburukan orang dengan agenda tertentu.

“Dia (jemaah) dah lambat, dia tak nak balik, dia duduk depan pagar tu, dia duduk macam tu “Bagilah masuk, bagilah masuk”.

“Eh siapa nak masuk kau ingat apa? Lepas tu ambil gambar, ha itulah perangai orang kita,” katanya menerusi video yang disiarkan di Twitter oleh seorang lelaki bernama Khairul Azri.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”