Semak Tarikh & Kaedah Bayaran BKSS 8.0 Secara One-Off Bernilai RM1,000

Pastinya ini berita baik buat penduduk Sarawak apabila menerusi Belanjawan Sarawak 2022, Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) bagi membantu beban rakyat yang terkesan akibat pandemik diteruskan.

Menurut Ketua Menterinya, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, bantuan itu kini memasuki siri kelapan dan akan mula disalurkan bermula tahun ini melibatkan semua golongan yang terkesan tanpa ada yang tercicir.

Berikut merupakan maklumat lanjut tarikh dan kaedah bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang  (BKSS).

Pemohon Yang Layak

Pemohon yang layak menerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang adalah seperti berikut;

  • Pemilik/peniaga gerai makanan
  • Pemilik/ peniaga pasar
  • Pemilik/ peniaga kedai kampung
  • pemilik/ peniaga Salun
  • Pemilik Individu – Kantin

Kadar Bayaran Geran Khas BKSS 8.0

Bagi penerima yang layak dan telah membuat permohonan sebelum ini, pemohon akan menerima bantuan secara one-off sebanyak ;

  • RM1,000

Tarikh Bayaran BKSS 8.0

  • 7 Februari 2022 – Mac 2022

Kaedah Bayaran BKSS 8.0

Bayaran BKSS 8.0 secara one-off sebanyak RM1,000bagi setiap penjaja/ peniaga kecil akan dibayar melalui;

  • Kaedah bayaran SarawakPay @ Spay

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan rayuan BKSS, anda boleh menghubungi talian 082 555 999.

Salma Syahbuddin