Luar Negara By: Aqilah Paharuzi October 20, 2023 @ 6:14pm

Simpati Dengan Nasib Menimpa Palestin, Media Prima buka semula ‘Tabung Kemanusiaan Palestin’

Media Prima Berhad (Media Prima) mengaktifkan semula Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima ekoran krisis kemanusiaan menyayat hati yang berlaku di Palestin.

Berdasarkan kenyataan rasmi, Media Prima memaklumkan tabung berkenaan bertujuan untuk mengumpul sumbangan dari orang ramai untuk membiayai aktiviti bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas dalam zon konflik.

“Media Prima amat bersimpati dengan nasib rakyat Palestin. Pengaktifan semula ini bertujuan menggalakkan sumbangan orang ramai kepada tabung bagi menyediakan bantuan kecemasan.

“Bantuan kecemasan antaranya membabitkan bekalan dan perkhidmatan perubatan, bekalan makanan dan keperluan asas kepada komuniti yang terperangkak dalam krisis itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai boleh memberi sumbangan melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima menerusi akaun bank Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5462 7651 0331.

Lain daripada itu, sumbangan juga boleh disalurkan dalam bentuk cek kepada alamat Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 5, Anjung Riong, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Perkembangan terkini pembunuhan secara besar-besaran rakyat Palestin yang direjam tanpa belas kasihan oleh zionist mengakibatkan lebih 20,000 mangsa tidak berdosa terkorban, kehilangan tempat tinggal, ribuan cederan dan ribuan lagi dilaporkan hilang.

Artikel Berkaitan: Padam Foto Bersama Gal Gadot, Zahirah Macwilson Akhirnya Tunjuk Sokongan Secara Terbuka Pada Palestin – “Terlalu Kejam!” 

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Terharu Elly Mazlein Derma RM10,000 Untuk Rakyat Palestin – “Moga Murah Rezeki Kak Iti Doakan”

Artikel Berkaitan: Sebak Kenang Nasib Menimpa Bumi Palestin, Mira Filzah Berang Dengan Kekejaman Israel – “Itu Bukan Perbuatan Manusia Tapi Syaitan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Nov 2022
Trending Mon, 25 Feb 2019
Featured Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Selepas Tular Harga Jam Mewah RM4 Juta… Fazura Kongsi Foto OOTD, Tapi Jenama Beg Dikaburkan 

Simple je ootd Faz, tapi terpegun min tengok beg tangan aktres jelita ni 😚😚 Ramai kata jenama Hermes tuu 🤩🤩

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Sufian Suhaimi Akui Beliau Kini Tidak Lagi Mengejar Cinta

“Tidak mengejar cinta, hidup menjadi lebih tenang.” Jelas Sufian Suhaimi…..

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

“Ketiak Dia Lagi Flawless Dari Muka Aku” – Netizen Kagum Dengan Ain Edruce

Menjaga kebersihan tu kan sangat dititikberatkan…

Hiburan Tue, 25 Dec 2018

Tiket ‘Laku Keras’, Konsert BLACKPINK Tambah Sehari Lagi

Jangan lepaskan peluang lagi tau! Jom dapatkan tiket segera di www.mccpiepro.com.

Hiburan Tue, 11 Jul 2023

[VIDEO] Kesal Wajah Dikritik Seperti B*b*, Misha Omar Tampil Pertahankan Nadeera Zaini 

Yang suka menghina paras rupa orang lain, berkawanlah dengan cermin – Misha Omar

Hiburan Fri, 5 Aug 2022

Amir Masdi Dapat Restu Ella Nyanyikan Semula Sepi Sekuntum Mawar Merah

Wah Ella pun dah bagi restu rakaman semula lagu ni. Mesti best kan? Jangan lupa untuk dengarkan!