Tarikh Bayaran i-Sinar Julai 2021 Dan Cara Semak (Bulan Terakhir Kategori 2)

Isu i-Sinar masih lagi menjadi perdebatan hangan netizen di laman sosial. Ramai tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Sinar bulan Julai akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Sinar?

Baca artikel berkaitan : Beri Kelonggaran Keluarkan i- Sinar Secara Bersasar

Seperti yang kita tahu, bayaran i Sinar akan dibuat dalam tempoh sehingga 6 bulan. Bermakna selepas 6 bulan kita menerima duit i-Sinar, tiada lagi bayaran yag akan diterima selepas itu.

Baca artikel berkaitan : Wujud i- Sinar Plus Bantu Rakyat

Ini bermaksud, bagi penerima yang diluluskan dalam Kategori 2, atau mungkin telah membuat pindaan, maka anda mungkin akan masih menerima bayaran dalam bulan Julai ini sebagai pembayaran terakhir.

Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Julai 2021

Seperti bulan-bulan sebelum ini, bayaran i-Sinar bulan Julai akan dibuat secara berperingkat mulai minggu pertama hari bekerja, iaitu dijangka dari 1 Julai sehingga 10 Julai 2021.

Pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada bank masing-masing.

Menurut KWSP, bayaran bulanan i-Sinar biasanya ditetapkan seperti berikut:

tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama pada 6 Mac, bayaran kedua pun sekitar 6 April, dan bulan Mei dan Jun juga pada 6 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAUmaksimum dalam tempoh 2 minggu ATAUsebelum akhir bulan berkenaan

Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.

Cara Semak Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Julai 2021

Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran iSinar Julai, sila rujuk langkah di bawah:

  • Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  • Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
  • Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWALKlik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  • Seterusnya klik di column kedua yang ada tulis i-Sinar
  • Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah
Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”