Tarikh Pembayaran i-Citra Bermula 2 Ogos Ini

Bayaran i-CITRA akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021 ini.

Pengumuman itu dibuat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam ciapan terbaharunya hari ini.

Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan mengambil masa 1 sehingga 3 hari mengikut prosedur bank masing-masing.

Pencarum KWSP berusia 55 tahun ke bawah juga diminta untk menyemak status bayaran terkini melalui i-Akaun.

Sementara itu bagi bayaran secara arahan, ahli akan menerima notis pengambilan atau akan dihubungi oleh cawangan KWSP.

Sebelum ini permohonan pengeluaran i-Citra dibuka mulai 12 Julai lalu melalui laman sesawang icitra.kwsp.gov.my.

Cara Semakan Tarikh Bayaran i-Citra Melalui i-Akaun

Untuk memudahkan semakan TARIKH BAYARAN i-Citra anda, sila semak login terus ke aplikasi i-Akaun KWSP anda.

Rujuk cara semakan seperti di bawah:

  1. Buka aplikasi i-Akaun atau terus ke pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/loginLog masuk menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.
  2. Klik pada pada menu “Withdrawal History” dan “i-Citra”.
  3. Tarikh pengeluaran pertama akan dipaparkan seperti di bawah.
  4. Maklumat LanjutLaman web rasmi KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citraAsk ELYA di laman web rasmi KWSPMedia sosial rasmi KWSPHotline i-Citra di talian 03-8922 4848

Manakala, bagi pembayaran i-Sinar, tarikh pembayaran diawalkan kepada 26 Julai 2021 & 27 Julai 2021.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”