Categories: FeaturedTrending

Tutup Bazar, Pendekkan Waktu Operasi Jika Langgar SOP

Sejak akhir akhir ini, tular di media sosial beberapa foto menunjukkan ketidakpatuhan SOP yang berlaku di beberapa bazaar Ramadan seperti di Jalan Tengku Abdul Rahman (TAR) , justeru kerajaan mungkin terpaksa mengambil tindakan menutup sementara atau memendekkan waktu operasi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri jika ada pihak yang terus gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau menerima beberapa kiriman video dan gambar yang menunjukkan kegagalan pematuhan SOP di bazar Ramadan dan bazar Aidilfiti terutamanya penjarakan fizikal.

“Sebelum ini sudah ada beberapa kes bazar Ramadan yang ditutup kerana pengunjung tidak mematuhi SOP terutamanya berkaitan dengan penjarakan fizikal.

“Kita mesti sentiasa berdisiplin dan jangan mengabaikan SOP khususnya ketika berada di bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri.

“Oleh itu saya menyeru kita bersama-sama meningkatkan tahap kawalan kendiri dan pematuhan SOP supaya persediaan menyambut hari raya Aidilfitri berjalan lancar,” katanya dalam sidang media hari ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”