Categories: FeaturedTrending

“Kami Rayu Budi Bicara KKM” – Bukan Lagi RM 50,000 Nilai Kompaun Peniaga Burger Diteliti Semula

Berikutan tular isu peniaga burger yang dikompaun 50,000, pihak polis meneliti semula kompaun yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger di Pengkalan Chepa, Kelantan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi melebihi masa yang ditetapkan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya juga akan memanggil pemilik premis yang dikenakan kompaun untuk menawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan yang ditetapkan di bawah Akta 342.

“Selain peniaga burger yang kisahnya ditularkan itu, dua lagi pemilik premis kedai makan turut dikompaun sebanyak RM50,000 pada hari yang sama

Malah, peniaga burger yang dikenali dengan nama Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38 turut memaklumkan telah membuat rayuan untuk mengurangkan kompaun terhadapnya.

Menurut laporan Kosmo, isteri kepada Wan Mohd Faisal turut mengemukakan rayuan berkenaan perkara itu.

“Kami merayu budi bicara pihak KKM dapat kerana masih buntu saat ini untuk mencari wang untuk menjelaskan kompaun.

“Sehingga hari ini, kami masih terkejut dengan kejadian terbabit. Kami amat berharap perkara ini diselesaikan dengan baik,”

Namun keputusan tersebut masih belum diputuskan dan mengambil masa untuk diselesaikan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”