Featured By: Yanie Baharom March 16, 2020 @ 2:00pm

Tutup operasi hotel, jadikan pusat rawatan COVID-19 secara percuma, mulianya hati Ronaldo!

Sudahlah kacak, hartawan dan dermawan, baik pula budi pekerti!

Pada saat orang ramai bimbang menerima kunjungan tetamu gara-gara wabak novel koronavirus (COVID-19), pemain bola sepak Juventus, Cristiano Ronaldo, telah menawarkan beberapa hotel miliknya di Portugal untuk dijadikan hospital sebagai pusat rawatan wabak penyakit itu.

Foto: Oh Media!

Tanpa memikirkan soal keuntungan, Ronaldo menutup dua hotel miliknya untuk dijadikan hospital bagi memberikan rawatan kepada mereka yang dijangkiti COVID-19.

Sudahlah memberikan ruang yang selesa untuk merawat mangsa wabak itu, petugas perubatan yang menjaga dan membantu pesakit turut diberi elaun oleh Ronaldo.

Keprihatinan Ronaldo mendapat pujian peminatnya di seluruh dunia kerana sentiasa mempamerkan sensitiviti dan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan bantuan.

Bintang Juventus itu kini sedang bercuti daripada latihan dan menjalani proses kuarantin di tempat kelahirannya, Madeira.

Foto: FotMob

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 10 Jan 2018

Wanita Maut Dibaham Harimau Sewaktu Berkerja

Dibaham oleh seekor harimau ketika sedang mengumpul data tentang serangga di sebuah ladang kelapa sawit

Trending Mon, 9 May 2022

Tunjuk Peningkatan, Media Prima Audio Kekalkan Kedudukan

Media Prima Audio (MPA) masih mengekalkan kedudukannya sebagai rangkaian radio berpengaruh di negara ini, sebagaimana yang direkodkan menerusi tinjauan radio komersial GFK (GfK Radio Audience Measurement) pertama untuk tahun 2022. MPA memulakan tahun 2022 dengan

Events Sat, 14 May 2022
Featured Mon, 3 Jan 2022

Lionel Messi & Tiga Pemain PSG Positif Covid-19

Bintang bola sepak terkenal Lionel Messi dan tiga ahli pasukannya di dalam kelab bola Perancis, Paris Saint German (PSG) disahkan positif Covid-19. Perkara ini dimaklumkan oleh PSG pada Ahad. Pemain lain yang turut dijangkiti wabak

Featured Tue, 25 Oct 2022

Cantik Macam Anak Patung, Kecantikan Sharifah Husna Curi Tumpuan

Pelakon, Sharifah Husna Syed Feizal kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Halim Radzi yang juga merupakan seorang pelakon dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman Husna di Kajang, Selangor pada jumaat.

Featured Wed, 17 Feb 2021
Hiburan Thu, 22 Sep 2022

| Live TV