Categories: Trending

Ustaz Bongkar Rahsia Disebalik Kopiah & Kebaikan Amal Jariah Siti Sarah

Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin masih disebut sehingga kini kerana banyak pihak yang mengenang kebaikan yang dilakukannya.

Terbaharu, seorang ustaz yang dikenali sebagai Nizar Nadhir menerusi perkongsiannya di laman Facebook memaklumkan bahawa kehebatan dan kelebihan Allahyarham Siti Sarah dan suaminya, Shuib harus dijadikan contoh.

Ini kerana, amalan bersedekah pasangan ini tidak terhad pada sumbangan makanan dan keperluan asas tetapi kopiah yang digunakan oleh kesemua Imam dan Bilal Masjid Ar Rahah adalah hasil sumbangan mereka.

“Kenapa ya sampai begitu sekali ramai yang terkesan seolah-olah Almarhumah adalah ahli keluarga sendiri? Apa hebatnya Almarhumah?”

“Haa.. ni saya nak bocorkan satu rahsia. Kopiah ini adalah kopiah yang dipakai oleh kesemua Imam dan Bilal Masjid Ar Rahah. Kopiah ini mereka gunakan untuk jalankan tanggungjawab sebagai Imam dan Bilal, berkuliah agama dan kerja-kerja kebajikan.

“Dan untuk makluman, kopiah ini adalah sumbangan dari Shuib dan Almarhumah Siti Sarah” tulisnya.

Justeru itu, ustaz Nadir memaklumkan bahawa tidak hairanlah pemergian Allahyarham Siti Sarah berada dalam keadaan yang dimuliakan oleh semua orang.

Dan, berharap agar orang-orang sekeliling mengambil iktibar, berfikir dan mengubah diri menjadi lebih baik.

Ustaz Nadir juga dilihat sempat menitipkan doa buat Shuib dan keluarga agar sentiasa kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan pada masa akan datang.

Terdahulu, kita dimaklumkan bahawa seramai 300 orang jemaah menunaikan solat ghaib di Masjidil Haram dan seramai 450 orang anak tahfiz dan anak-anak yatim di Pondok Pesantren Nurul Huda Bandung, Indonesia melakukan majlis khatam al-Quran dan tahlil untuk Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

 

Salma Syahbuddin