Categories: Trending

Ustaz Muda Tak Jadi Tunai Umrah, Kena Cekup Di ‘Airport’ Akibat Amang Seksual 3 Orang Anak Murid Maahad Tahfiz

Amat mengejutkan apabila seorang guru ditahan polis gara-gara sanggup melakukan amang seksual terhadap pelajar-pelajarnya di sebuah maahad tahfiz di Batang Kali, Hulu Selangor.

Difahamkan, mangsa terdiri daripada tiga orang pelajar lelaki berumur lingkungan lapan hingga 11 tahun.

Bahkan, tiga orang kanak-kanak yang bernasib malang itu menjadi mangsa pemuas nafsu guru mereka suspek sejak dua tahun lalu.

Menurut siasatan polis, suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau.

Lebih memeranjatkan, pelaku terpaksa melupakan hajatnya untuk menunaikan umrah kerana penangkapan dibuat sebelum dia berangkat meneruskan perjalanan ke tanah suci Mekah.

Sinar Harian melaporkan bahawa guru tersebut diberkas oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, jam 10.45 malam pada Rabu di pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dedah Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim,

Jelas beliau, penahanan itu dibuat berdasarkan hasil risikan dan maklumat polis.

“Semua mangsa adalah pelajar suspek sendiri di maahad tahfiz berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, pelaku yang baru berusia 26 tahun dibawa ke IPD Hulu Selangor untuk ditahan reman untuk siasatan lanjutan.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017.

Sumber : Sinar Harian

Syamir Shafie