Categories: Trending

‘Suruh Anak Aku Ke Depan Kelas Dan Buka Baju…’- Netizen Dakwa PU Abu Pernah Buli Anaknya Di Sekolah

Susulan kes penceraian PU Abu Sufyan dengan isterinya Ain Afini yang kini tular di media sosial, nampaknya lebih ramai individu tampil mendedahkan sisi lain yang tidak diketahui mengenai ‘ustaz’ viral ini. 

Menerusi laman FB seorang wanita yang menggunakan akaun Ummi Dzikri Dzuhairi menulis pengalaman anak lelakinya yang didakwa pernah dimalukan oleh PU Abu di Sekolah Agama Al Furqan Bandar Baru Selayang. 

” Al kisah terjadi pada tahun 2016, ketika anak aku darjah tiga. Dia selalu menangis dan mengadu pada aku kerana kerap dibuli oleh ustaz ni. Pada mulanya aku malas nak ambil peduli sangat aduan anak aku. Sebab aku fikir anak aku ni manja sangat. Tapi bila sampai satu tahap dia tak nak pergi sekolah aku pun mula marah,” tulisnya. 

” Ustaz ni suruh anak aku ke depan kelas dan ustaz ni buka baju Melayu anak aku sampai nampak t**** dia….” sambungnya. 

Wanita ini juga mendakwa anaknya mengigil ketakutan. Siapa yang tak trauma kan kalau diperlakukan begitu? 

Nama PU Abu kini menjadi sebutan di media sosial selepas isterinya membuat pendedahan di media sosial selepas lelaki itu melafazkan talak pada 13 Mac lalu menerusi mesej di aplikasi WhatsApp untuk berkahwin dengan seorang janda anak satu. 

Katanya, sebelum diceraikan, PU Abu pernah memintanya bersetuju untuk berpoligami, namun dia tidak bersetuju berikutan ketika itu mereka baru dua bulan bernikah.

SGMS Faida