Categories: Trending

[VIDEO] “Apa Dosanya Sehingga Disimbah Minyak Dan Dibakar?”- Bilal Dibakar Depan Masjid

Apa la salah dan dosa Bilal ni?

Suatu kejadian tidak diduga berlaku di Taman Rakyat Mergong, Alor Setar. Dalam kejadian itu, seorang bilal dipercayai telah disimbah minyak menyebabkan hampir separuh badan mangsa terbakar. 

Seorang bilal yang merupakan bilal Masjid Hasanah, Taman Rakyat Mergong, Alor Setar ketika itu dipercayai dalam perjalanan untuk memasuki perkarangan masjid apabila secara tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali bertindak menyimbah minyak ke atas badan mangsa dan menyalakan api. 

Saksi yang merupakan salah seorang jemaah masjid turut berkata bahawa mangsamelecur di bahagian kiri tangan dan muka. Menurut saksi lagi, kejadian berlaku ketika jemaah datang ke masjid untuk menunaikan solat Subuh sekitar jam 5.45 pagi semalam. 

Mangsa tiada musuh, tiada motif dendam.

Saksi yang bernama Ramlan Othman turut memberitahu bahawa mangsa tidak mempunyai musuh atau sesiapa yang tidak berpuas hati dengannya.  Mangsa  dipercayai masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah H-S-B.

Suspek ditangkap dan disyaki mengalami masalah mental

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan seorang suspek ditangkap kira-kira 6 jam selepas kejadian itu.

Berdasarkan rakaman kamera keselamatan, suspek telah ditangkap. Siasatan awal mendapati suspek mengalami masalah mental dan positif dadah jenis metaphetamine. Suspek turut mengaku bertindak seorang diri. 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”