Categories: Trending

“Welcome To The World Baby L” – Lara Alana Dah Jadi Kakak, Scha Alyahya & Awal Ashaari Sambut Kelahiran Baby Girl!

Pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 9.15 pagi tadi.

Berita gembira terbabit dikongsikan oleh Scha menerusi hantaran terbaru di laman Instagram miliknya.

“Kami sekelurga memanjatkan syukur kehadarat Allah SWT diatas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 Februari 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.

“Bayi perempuan seberat 3.2 kilogram selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur,” tulisnya.

Isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini turut memaklumkan yang dia dan bayinya kini berada dalam keadaan baik.

“Kedua-dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan prosedur yang ditetapkan.

“Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.

“Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan Insya-Allah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak.

“Stay safe, and welcome to the world Baby L,” tulisnya lagi.

Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan anak pertama, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.

Padin