Categories: Trending

“Wow, Cantik Macam Model” – Penampilan Terbaru Cik B Dalam Sesi Photoshoot Dipuji Ramai

Semenjak membintangi drama Lelaki Lingkungan Cinta, anak kepada usahawan Dato Seri Vida ini nampaknya semakin dikenali ramai.

Jika sebelum ini, Cik B dipuji kerana bukan sahaja berbakat tetapi bersahaja dalam lakonannya membuatkan ramai yang melekat di kaca televisyen.

Terbaru, penampilan Cik B di dalam satu sesi photoshoot mendapat perhatian ramai.

Menerusi laman Instagram, Cik B dilihat memuat naik penampilan terbarunya dalam satu  sesi photoshoot. 

“Perghhh Cantiknya Cik B” – Netizen

Dalam sesi photoshoot tersebut Cik B dilihat berani menggayakan dandanan rambut dan makeup yang sangat glamour. 
Foto tersebut turut mendapat pujian rakan artis yang terkejut dengan “transformation terbaru” Cik B. 

Tak sangka Cik B sekarang dah lain. Thumbs up Cik B! 

Apapun, korang jangan lupa saksikan Lelaki Lingkungan Cinta bermula hari Rabu sehingga Jumaat pukul 9 malam hanya di TV3! 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”