Categories: FeaturedTrending

Yuna dan Jlo bertemu dalam kempen ‘Originals Go Their Own Way’

Suku pertama tahun 2020, dihangatkan oleh jenama terkemuka Coach dengan memperkenalkan sebuah kempen dinamakan ‘Originals Go Their Own Way’ dengan tanda pagar #thecoachoriginals.

Menjadikan kempen ini tambah mengujakan, apabila Coach memilih Jennifer Lopez (JLo) sebagai wajah global untuk koleksi pakaian lelaki Coach, aktor dan produser Michael B Jordan.

Keaslian diri menjadi tema kempen ini dan pihak Coach yang telah memilih beberapa selebriti terkemuka dunia termasuk JLo bagi mengutarakan topik berkenaan.

Foto: Instagram

Apa yang membanggakan, penyanyi tempatan antarabangsa, Yunalis Zarai (Yuna) turut dipilih bersama-sama dengan artis-artis terkenal di dunia menjayakan kempen ini.

Di halaman Instagram rasmi Coach, selain JLo & Michael B Jordan, terlihat Yuna juga memberikan pandangan peribadi dan jawapan ringkas daripada beberapa soalan yang diajukan.

Yuna menerusi akaun instagram peribadinya, turut mengucapkan terima kasih kepada pihak jenama Coach kerana memilih dirinya menjayakan kempen ini.

Tambahnya lagi, dia sangat gembira kerana dapat berada dalam video yang sama seperti artis idolanya, JLo.

Pemilihan JLo

Coach sebelum ini mendedahkan sebab mereka memilih JLo sebagai ‘Wajah Global’ terbaru Coach. Semangat JLo dalam membina kerjayanya sejak dia menjejakkan kaki di kota New York, dianggap seiring dengan semangat Coach yang juga diasaskan di New York, 78 tahun yang lalu.

Yanie Baharom