Hiburan By: Syafiqa Irdina December 10, 2019 @ 5:54pm

Silap Umum Pemenang Kostum Terbaik, Penganjur Miss Universe Buat Hal Lagi!

Kecewa!

Mungkin itulah perasaan yang boleh digambarkan apabila Malaysia tidak diumumkan sebagai pemenang sebenar Kostum Terbaik Antarabangsa dalam Pertandingan Miss Universe 2019 baru-baru ini. 

Pemenang Kostum Terbaik telah diumumkan oleh hos, Steve Harley pada malam itu namun hos lelaki itu  telah  membuat kesilapan apabila  mengumumkan Miss Filipina sebagai pemenang sebenar setelah mememubual Shweta Sekhon yang mewakili Malaysia sebagai pemenang pada awalnya.  Macam mana boleh tersilap umum? 

“Bukan Malaysia. Ia Filipina,” umum Steve Harley.

Ini bukan kesilapan pertama dilakukan dalam acara terbesar dunia itu. Pada 2015. Harvey pernah melakukan kesilapan apabila mengumumkan Ariadna Gutiérrez yang mewakili Colombia sebagai Miss Universe tetapi sebenarnya  gelaran itu dimenangi oleh Pia Wurtzbach (Filipina).

 

Sumber: www.riaumandiri.com.my

Insiden memalukan itu benar-benar menyinggung segelintir peminat Shweta Sekhon.

Kostum yang dikenakan Sweta pada malam tersebut merupakan rekaan Carven Ong, inspirasi daripada warisan masyarakat Peranakan dan tradisi perkahwinan komuniti itu.

Rekaan kompleks pada busana itu turut mempamerkan tenunan songket Melayu dan sayap yang diperbuat daripada kain kebaya Nyonya. Pakaian ini  biasa dipakai oleh golongan wanita Peranakan di Melaka. 

Menerusi  rekaan busana ini juga, Carven  turut mengetengahkan makanan popular masyarakat Peranakan seperti Onde-onde, kuih koci, kuku, kuih talam, kuih lapis, kuih sago dan telur merah bertuah.

Apa-apapun, hopefully insiden memalukan seperti ini tak berulang lagi selepas ini. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Featured Tue, 21 Jun 2022

Gara-Gara Tegur Aurat Allahyarham Adibah Noor, PU Riz Dikecam Siti Kasim – “Shut The F**k Up!

PU Riz menegur untuk kebaikan sesama muslim, lagipun dia menegur dengan cara yang baik 😊

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

创作精灵白安《1990s》马来西亚宣传

相隔好一段时间没来马来西亚宣传的白安终于带着她的第三张创作专辑《1990s》来马宣传啦!

Hiburan Tue, 7 May 2019

Bengang Dengan Bekas Suami, Ezlyn Bagi Amaran Bayar Hutang!

Dia boleh tuduh Siti Saleha pulak, kesian budak tu tak pasal dia kena!

Featured Fri, 22 Apr 2022