Featured By: Salma Syahbuddin June 13, 2022 @ 3:34pm

“Sahabat Sejatilah Depa Ni, Walaupun Muka Garang Tapi…”- Peminat Kagum Hubungan Sharnaaz Ahmad & Shukri Yahaya, Macam Adik-Beradik!

Umum sedia maklum, hubungan persahabatan yang terjalin antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya memang tidak dapat dipertikaikan lagi.

Malah, kedua-duanya juga berkongsi minat dan citarasa yang sama.

Menerusi perkongsian terkini Sharnaaz di Instagram miliknya, beliau dilihat sempat menitipkan ucapan sempena ulangtahun kelahiran sahabatnya yang ke-34.

“Happy Birthday buat sahabat, brother kesayangan gua.

“Aku rasa hang tau dah macam mana aku sayang dekat hang.. jadi just stay the way u are, stay humble, always be the best dengan apa yang hang buat.. semoga terus sukses, bahagia disamping @tyaadnan dan juga Ameena dan Pak Maliki,” katanya.

Tambahnya lagi, dia juga berterima kasih kepada pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu kerana banyak mengubah dirinya sepanjang persahabatan mereka.

“Terima kasih kerana banyak tone down aku jadi lebih berguna dimasa ini.. Happy Birthday lil brother, love u always,” tulisnya.

Sementara itu, ucapan manis yang diberikan Sharnaaz kepada sahabatnya itu ternyata mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya kagum dengan nilai persahabatan kedua-dua selebriti ini.

Malah, warganet beranggapan ia sesuatu yang ‘sweet’ untuk dikongsikan apatah lagi ia adalah ucapan dari Sharnaaz yang sememangnya dilabel sebagai ‘mamu garang’.

Sekadar info, Sharnaaz dan Shukri sebelum ini pernah digandingkan bersama dalam sebuah projek drama.

Dan kedua-dua aktor ini dilihat sangat akrab apabila sering mengadakan sesi siaran langsung bersama dan saling berbalas komen di Instagram.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Jan 2019

Pergh…Tiket AJL 33 Licin Dalam Masa Sejam?

Korang dah dapatkan ke belum? Kalau belum, cepat- cepat beli di www.myticket.asia tau!

Trending Thu, 12 Dec 2019

Skill Menabung Untuk Kahwin Dapat Simpan 11k Setahun

Kebanyakan daripada kita pastinya sedang sibuk mengumpul duit bagi membuat persiapan demi menghalalkan orang yang kita cintai. Untuk berkahwin, pelbagai benda perlu dibelanjakan menggunakan wang. Justeru daripada itu, untuk mengumpul duit demi mendirikan rumah tangga […]

Hiburan Tue, 20 Sep 2022
Drama Mon, 13 Mar 2023
Trending Mon, 23 Mar 2020
Hiburan Sun, 4 Feb 2024
Trending Wed, 24 Nov 2021

Bertemu Dengan Warga Emas Viral… Netizen Sindir Baby Shima, Beri Gelaran Perempuan Tak Ada Akhlak – “Tak Nak Ajak Atuk Grab Masuk Pub Ke?”

Penyanyi Baby Shima terkilan apabila niat baiknya berkongsi pertemuan dengan seorang warga emas berusia 68 tahun di laman sosial menjadi bahan sindiran netizen. Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli mengakui tidak memahami isi hati […]