Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari August 30, 2022 @ 4:34pm

[VIDEO] “Dari Kecil Memang Suka Fight” – Tak Kisah Habiskan RM4,000 Belajar MMA, Elizabeth Tan Mahu Lakonan Kelihatan Mantap!

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan, 28, berkongsi bahawa dia telah membelanjakan wang sendiri sebanyak RM4,000 demi belajar seni bela diri campuran (Mixed Martial Arts) bagi menjayakan wataknya dalam filem Abang Long Fadil 3.

Jelas Elizabeth atau lebih mesra di sapa Lizzy, dia sanggup berbuat demikian kerana inginkan aksi lawan yang ditayangkan kelihatan ‘believable’.

“Saya pergi sendiri untuk latihan MMA selama satu tahun untuk dapatkan postur. Kalau pihak Skop Production hanya hantar ke kelas empat hari sahaja.

“Saya mahu ia kelihatan ‘believable’. First time kita shoot cerita aksi dan saya harap inisiatif saya berbaloi,” ujar Lizzy.

Tambahnya, semua aksi lawan dilakukan olehnya sendiri kecuali aksi cart wheel dan membonceng motosikal berkuasa besar dalam filem itu.

“Semua aksi lawan saya lakukan sendiri kecuali yang cart wheel dengan naik motor,” jelasnya.

Namun begitu, Lizzy tidak kisah berhabis wang untuk memastikan lakonannya mantap dan dia menganggap inisiatifnya itu berbaloi.

“Saya rasa saya telah habiskan sebanyak RM4000 tapi ia tidak mengapa malah sangat berbaloi,” katanya.

Bukan itu sahaja, dia turut menyatakan minatnya untuk berlakon dalam filem aksi sejak kecil lagi dan apabila ditawarkan berlakon dalam filem aksi ini dia berasa sangat bertuah.

“Dari kecil Lizzy memang suka fight. Lizzy akan suruh kawan-kawan lakukan koreografi aksi dan mereka suka layan saya.

“Saya juga membesar dengan menonton cerita aksi seperti Spy Kids dan Charlie’s Angels. Mereka ini idola saya. Jadi, Abang Long Fadil 3 ini merupakan impian saya yang telah tercapai,” luah Lizzy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 Jan 2025

Muncul Dengan Album Terbaharu The Storm, Impian Alyph Mahu Berkolaborasi Bersama Ziana Zain Terlaksana

Lagu Teman dan Gerak kolaborasi bersama Ziana Zain dimuatkan dalam album terbaharu Alyph berjudul The Storm.

Trending Sun, 9 Dec 2018

约会对象会让你变胖?研究:对方的长相影响食量

你常常在约会的时候不小心吃太多吗?

Trending Tue, 4 Aug 2020

Rebut Peluang Menangi Realme Dengan Cara Ini…

Menang pelbagai hadiah menarik!

Hiburan Sun, 23 Feb 2025

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Payudara

Noor Kartini mendedahkan dirinya menghidap kanser payudara tahap satu.

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Hiburan Fri, 19 Apr 2019

‘Ini Ikhtiar Terakhir…’- Pak Ya Mohon Sumbangan Bayar Peguam

Bila kes dah selesai, Pak Ya berjanji akan pulangkan semula wang tersebut.

error: Content is protected !!