Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 17, 2021 @ 4:44pm

40 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Selepas Terima 2 Dos Suntikan Vaksin – Dr Noor Hisham Abdullah

Menerusi hantaran dilaman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu,  seramai 40 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 setelah melengkapkan dos vaksinasi mereka.

Ini termasuklah, 31 kes yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin tersebut. Manakala, sembilan kes selebihnya dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Selain itu, Dr Noor Hisham juga memaklumkan seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 selepas menerima dos pertama vaksin namun mereka tidak menunjukkan sebarang simptom yang teruk.

Virus masih wujud dalam komuniti

Justeru itu, beliau berkata tiada jaminan mereka yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin boleh terlepas dari dijangkiti Covid-19 sekali lagi.

“Tiada seorang pun akan selamat selagi virus ini wujud dalam komuniti” tulisnya.

Dr Noor Hisham turut menegaskan bahawa semua individu dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  yang telah ditetapkan bagi memutuskan penularan Covid-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Aug 2021
Featured Fri, 8 Aug 2025

“Terima Kasih Tidak Pernah Membelakangkan Saya” –  Alami Detik Sukar, Eda Ezrin Syukur Dapat Pulang Ke Pangkuan Keluarga

Eda meluahkan rasa syukur dan sebak apabila mengenang kembali detik sukar yang berlaku dalam hidupnya.

Featured Mon, 25 Jul 2022
Trending Thu, 25 Jun 2020
Featured Thu, 7 Nov 2024

SPRM Sita 11 Beg & Jam Tangan Mewah Milik Vivy Yusof, Fadza Bernilai RM200,000

Pasangan terbabit difahamkan akan menyambung perbicaraan di SPRM pada hari ini.

Trending Sat, 26 Jun 2021

Penyanyi Cilik Angelica Petra & Mark Adam Tampil Dengan Lagu ‘Selamanya Bersama’

Boleh dikatakan setakat ini tidak ramai penyanyi-penyanyi cilik yang muncul dalam industri hiburan tanah air. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita ketandusan bakat kanak-kanak yang boleh diketengahkan untuk menjadi seorang penyanyi. Terbaharu, kemunculan seorang penyanyi kanak-kanak […]

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Featured Wed, 2 Nov 2022
error: Content is protected !!