Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal July 23, 2019 @ 11:15am

40 Unit Gula-Gula ‘Berasap’ Ghost Smoke DiRampas

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal.Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas 40 unit gula-gula “Ghost  Smoke” di sebuah premis di Kota Bharu menerusi satu pemeriksaan hari ini.

Pengarahnya Adnan Abd Rahman berkata pemeriksaan itu dilakukan hasil aduan orang awam yang mendakwa gula-gula “berasap” itu dijual kepada pelajar sebuah sekolah rendah berdekatan premis tersebut.

“Pegawai penguatkuasa kami telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang diadukan dan beberapa premis lain terutama berhampiran kawasan sekolah dan kawasan sempadan negara di seluruh negeri Kelantan.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai lebih kurang 40 unit “Ghost Smoke Cool Fruit Powder” dijual di sebuah premis berhampiran sebuah sekolah di Kota Bharu yang dijual dengan harga 50 sen seunit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Adnan berkata siasatan lanjut mendapati gula-gula berkenaan menggunakan label yang mengelirukan, logo halal yang diragui selain tiada tanda harga.

Katanya semua produk berkenaan telah dirampas dan kes disiasat  di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan atau didenda tidak melebihi RM100,000  bagi bukan pertubuhan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu katanya pemeriksaan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pembekal barang tersebut yang dipercayai diimport dari China.

Beliau berkata pihaknya juga akan menghantar sampel produk berkenaan kepada Jabatan Kesihatan bagi mengenalpasti kandungan produk berkenaan.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata  mahu penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’ yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut dihentikan segera.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada masa yang sama meminta ibu bapa meningkatkan pemantauan ke atas anak masing-masing.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Jul 2022

“Seorang Ibu Sanggup Gadai Nyawa, Tapi Kenapa Perlakukan Macam Haiwan?” – Lufya Omar Kecewa Pengasas Kosmetik Tak Berhati Perut

Lufya yang mengenali suspek secara peribadi berkata, dia pernah meluahkan rasa depresi kepadanya. Apapun masalah yang berlaku, nak-anak bukan tempat untuk melepaskan geram..

Featured Mon, 10 Jul 2023
Trending Thu, 1 Jul 2021
error: Content is protected !!