Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom April 25, 2019 @ 10:00am

5 jenis sayur yang boleh menjejaskan kesihatan jika diambil secara berlebihan.

Kalau mahukan kulit cantik serta memiliki tubuh badan yang sihat, haruslah rajin makan sayur-sayuran serta buah-buahan.

Sebagaimana diketahui umum, kekurangan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan segar dalam diet harian menjadi antara faktor risiko kepada peningkatan kadar kematian selain mudah dijangkiti pelbagai penyakit.

Kajian dilakukan Kementerian Kesihatan menunjukkan pengambilan serat yang mencukupi melalui sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangkan beban penyakit di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun.

Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa WHO menganggarkan, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi boleh mengurangkan lima hingga 12 peratus kanser dan 20 hingga 30 peratus kanser usus.

Untuk penyakit kardiovaskular (jantung) pula, banyak bukti menunjukkan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengurangkan risiko kerana kepelbagaian kandungan khasiat, kalium dan serat yang mempunyai manfaat tersendiri.

Mengkhusus pada sayur-sayuran,  tahukah anda setiap jenis sayuran hendaklah dikawal pengambilannya agar sesuai dengan keperluan.

Ini kerana kajian yang dibuat oleh pakar nutrisi mendapati, pengambilan beberapa jenis sayur secara berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

 

 5 Jenis sayur yang perlu dihadkan pengambilannya

 1. Kimchi

Foto: Maangchi

Kimchi atau sayur jeruk ialah makanan berasal dari Korea dan kini mudah didapati di Malaysia. Ia juga termasuk dalam kategori makanan yang berfungsi seperti acar.

Terdapat pelbagai khasiat dalam kimchi seperti vitamin A, vitamin C dan serat prebiotik yang baik untuk usus, namun anda perlu tahu yang kimchi juga kaya dengan sodium.

Makan makanan bergaram dan banyak sodium boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit jantung, jika diambil dalam jumlah yang banyak.

2. Bayam

Foto: Hello Sehat

Bayam dikenali kaya dengan antioksidan serta zat besi yang boleh mencegah anemia, namun kandungan oksalat dalam bayam menyebabkan ia tidak boleh diambil secara berlebihan.

Ini kerana kandungan oksalat boleh menyebabkan pembentukan batu ginjal dalam tubuh, walaupun bayam tersebut sudah dimasak selama berjam-jam! Selain itu, sayur ini tinggi kandungan lutein, sejenis karatenoid yang boleh menyebabkan pelemahan otot yang berkait dengan usia.

3. Kacang Soya

Foto: topsimages.com

Terdapat pelbagai jenis produk daripada kacang soya dan kesemuanya tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini kerana pengambilan kacang soya boleh mempengaruhi kemampuan tubuh anda untuk menyerap zat besi dengan baik.

Ini juga salah satu sebab seseorang mengalami keadaan anemia dan kekurangan zat besi. Kacang soya mengandungi isoflavon yang mirip estrogen yang sekiranya diambil tanpa kawalan, boleh menyebabkan hiperplasia endometrium, proliferasi lapisan uterus dan dapat menyebabkan kanser rahim.

4. Brokoli

Foto: Baking Mischief

Brokoli juga disebut sebagai makanan untuk otak dan sangat disarankan untuk kanak-kanak. Brokoli boleh mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.

Bagaimanapun, jangan lupa perhatikan jumlah pengambilannya ya ibu ayah, kerana pengambilan berlebihan boleh membahayakan kesihatan. Ia boleh menyebabkan hipotiroidisme atau tiroid yang rendah.

Ini kerana jenis sayur ini mengandungi tiosianat yang boleh membuatkan tubuh sukar menyerap yodium. Paling penting untuk anda memastikan anda tidak mempunyai sejarah gangguan tiroid.

5. Sawi

Foto: MasakApaYa

Beberapa jenis sayur seperti sawi hijau dan kubis memiliki banyak manfaat kesihatan dan terbukti mengurangi risiko kanser dan penyakit jantung, namun makan terlalu banyak sayur jenis ini dikatakan akan menyebabkan timbul masalah kesihatan lainnya. Ada kandungan dalam sayuran ini yang disebut tiosianat yang dapat mempengaruhi kemampuan tubuh anda untuk menyerap yodium.

Seperti brokoli, sayuran ini dapat menyebabkan keadaan yang disebut hipotiroidisme, ini ialah situasi di mana keadaan kelenjar tiroid kurang aktif. Gejala yang terjadi termasuk  kenaikan berat badan, sembelit, kulit kering, tidak bertenaga dan kelenjar tiroid yang membesar. 

Pendek kata, dalam apa juga pengambilan makanan kita harus berpada-pada dan bersederhana. Semoga bermanfaat!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April

Fasa tiga bermula 15 April 2020

Featured Mon, 20 Apr 2020
Featured Sat, 28 Mar 2020

3 punca kematian akibat COVID-19

Jumlah kematian 26 kes

Sihat Thu, 19 Sep 2019

Risau tahap kolesterol tinggi ? Amalkan pengambilan 7 makanan ini

Tingkatkan kolesterol baik dalam tubuh anda.

Featured Sun, 21 Aug 2022

Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan Buat Doktor Yang Selamatkan Nyawanya

Alhamdulillah, Datuk Azizulhasni Awang makin pulih

Featured Thu, 7 May 2020
Sihat Fri, 12 Jun 2020
Featured Mon, 15 Jul 2019
Featured Wed, 25 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April

Kerjasama rakyat mampu bendung penularan COVID-19

Featured Mon, 23 Mar 2020
error: Content is protected !!